Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Kumulakan warkah ini dengan bait
indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah!
Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam
yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga
baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. ”Dinikahi
seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya
dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”Wanita solehah idaman mujahid soleh
yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi
penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian
syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan
panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap
baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan,
ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama
yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk
kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku
pernah terbaca kata-kata .""Dan di antara tanda-tanda
kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di
antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21) Jika keturunan yang mulia itu yang
kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak
diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s,
sama seperti mu. ”... maka bertawakkallah kepada
Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah
menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia
mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah
(menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang
beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160) .Kecantikan, itulah pandangan pertama
setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan
yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku,
kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk
kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini
dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya
membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku
memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan
aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas
dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan
ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan
perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu
agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa
mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim
antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah
Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang
dijanjikan Rasul, " Semoga Allah memberi rahmat
kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan
membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang,
dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada
wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya.
Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang
sahih) Renungilah FirmanNya ini, lalu
kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya
pertemuan. ""Hai sekalian manusia, bertakwalah
kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya
Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan
lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan
(mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah)
hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1) Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi
kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas
sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan
sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34) Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang
mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu
pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan
bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu
semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.
Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga
kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.
Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan
menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas
dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan
hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin
rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat
sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai
wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi
wanita yang punya barokah.“Seorang wanita yang penuh
barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah
menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang
mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk
aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik
indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada
kekayaan duniawi yang kau sediakan. Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada
di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin
bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah
s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap
kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak.Walaupun demikian susahnya, rumahtangga
Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada
tolok bandingnya hingga ke hari ini. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu..amin
Wahhab,amin ya Rabbal a’lamin!...wallahua'lam.
Masha' Allah!!! Subhanallah!! Allahuakbar!! Tiada lah yg lebih indah dr kehidupan yg telah di contohkn oleh Baginda S.a.w... Ya Tuhan.. Kurniakan lah kami kehdupan yg dihiasi dgn Rahmat dan Kasih syg Mu.. dilimpahkan dgn taufiq hidayah Mu.. Dan di suburkan dgn semangat jihad ke jaln Mu... ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUMMA AMINN..
ReplyDelete